Tuesday 16 December 2014

Menjana Keluarga Bahagia



Setiap manusia yang lahir pasti mempunyai institusi kekeluargaan. Manusia itu pastinya bertuah memiliki keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik yang sentiasa bersama ketika susah dan senang. Bahagia dapat dideinisikan sebagai sesuatu yang tidak dapat dilihat dan lahir dari hati sesorang dengan sifat seperti amanah, bersykur, bersangka baik dan perasaan yang tenang.

Pembentukan keluarga bahagia itu mesti berlandaskan kasih sayang. Institusi kekeluargaan pasti akan terumbang-ambing dan tidak kukuh tanpa kasih sayang kerana kasih sayang adalah pelengkap keluarga bahagia. Dalam kehidupan berkeluarga harus ada sikap bertolak ansur dan toleransi antara ahli keluarga. Ahli keluarga turut mengamalkan sikap amanah dengan penuh ikhlas dan saling hormat menghormati terutama kepada ibu dan bapa.

Setiap ahli keluarga memainkan peranan yang berbeza dalam menghidupkan keluarga bahagia. Suami dan isteri perlu lebih memahami makna sebenar perkahwinan dan harus berbincang dari hati ke hati sekiranya wujud sebarang masalah di dalam rumah tangga. Anak- anak turut memainkan peranan yang sendiri, anak yang berjaya dan mengikut kata ibu dan bapa pasti dapat melahirkan kebahagiaan kepada ibu bapa seterusnya menyumbang kepada pembentukan keluarga bahagia.
 
Komunikasi yang baik merupakan keperluan untuk seisi keluarga. Suami dan isteri harus menggunakan komunikasi sebagai cara terbaik dalam memahami kehendak pasangan. Ibu bapa jugaperlu memberi ruang kepada ahli keluarga untuk meluahkan pandangan dan menjadi pendengar yang baik.

Setiap pasangan dan juga keluarga pastinya ada konflik samada besar atau kecil. Konflik yang melanda harus di tangani secara rasional dan sihat. Segala masalah haruslah segera di bincang secara terbaik agar dapat ditangani dengan cara yang paling baik.

Keluarga bahagia lahir daripada ahli keluarga yang sihat dari aspek fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian. Keluarga yang sihat dapat dibentuk dengan menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna. Ahli keluarga juga turut mempunyai pendidikan yang mencukupi. Mereka turut mengamalkan cara hidup sihat seperti makan secara sihat, bersenam secara tetap, tidak merokok dan tidur secukupnya. Ahli keluarga harus mengamalkan komunikasi yang interaksi secara positif di samping menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Suami atau bapa merupakan ketua keluarga yang memainkan peranan utama dalam membina keluarga bahagia. Sebagai seorang ketua keluarga, bapa hendaklah menunjukkan contoh terbaik buat isteri dan anak-anaknya. Bapa yang baik seharusnya peka tentang pendidikan agama diri dan keluarganya. Ketua keluarga turut memastikan pendapatan yang diperolehi adalah dari sumber yang bersih dan halal. Walaupun seorang bapa bertungkus lumus bekerja, mereka perlu memperuntukkan masa untuk bersama ahli keluarga seperti meluangkan masa dihujung minggu bersama, berkelah, bersiar-siar dan sebagainya. Aktiviti seperti ini sangat membantu dalam mengisi masa lapang.

Setiap manusia pasti menginginkan kehidupan berkualiti disamping keluarga yang bahagia. Proses menjana keluarga bahagia pasti menuntut peranan semua ahli keluarga. Suami isteri, ibu bapa, dan anak-anak perlu bersabar dalam menempuh kehidupan dan sentiasa bersifat sabar, positif dan terbuka. Pendidikan awal yang dilahirkan oleh ibu-bapa pastinya dapat membantu dalam pembentukan keluarga bahagia.

No comments:

Post a Comment