Sunday 14 June 2015

Penampilan Diri





Menurut kamus dewan, penampilan membawa maksud perihal (tindakan/ usaha) menunjukkan seseorang atau sesuatu. Ini meliputi bagaimana seseorang itu menonjolkan imej, cara dan gayanya apabila berhadapan dengan sesuatu situasi.  Dewasa ini manusia lebih gemar berurusan dan hormat pada orang yang berpenampilan menarik. Manusia turut memilih teman dan jodoh berdasarkan pandangan pertama mereka tanpa menyelidik sikap sebenar yang tersirat dari penampilan yang menarik itu. Penampilan yang baik pasti mendatangkan emosi yang baik terhadap si pemakai dan diberi pandangan yang baik oleh masyarakat. Manakala, penampilan yang tidak bersesuaian hanya mendatangkan pandangan negatif kepada si pemakai.

Etika penampilan diri


Ramai yang masih tidak sedar akan kepentingan etika penampilan diri. Setiap institusi menekankan etika berpakaian untuk setiap penghuninya seperti institusi pendidikan, pejabat, hospital dan tempat beribadah yang meletakkan cara dan peraturan berpakaian kepada setiap pengunjung dan penghuninya. Penampilan yang kemas dan bersesuaian pastinya menjadi syarat utama. Antara perkara yang dititik beratkan dalam penampilan diri adalah kasut yang bertutup dan bersih, pakaian kasual formal atau beruniform, aksesori dan potongan rambut yang kemas dan disisir rapi terutamanya bagi kaum lelaki.

Menilai tanpa mengenali


Hal menilai orang secara sembarangan kerap terjadi dalam masyarakat kini. Mereka sering kali berprasangka buruk dengan hanya melihat luaran seseorang. Masyarakat kini gemar memberi perspektif yang buruk dengan hanya pandangan pertama, dan menyebarkan pandangan mereka tanpa usul periksa dan hasilnya menyumbang persepsi negatif masyarakat setempat. Rentetan daripada pandangan yang disebarkan itu secara tidak langsung akan menghukum si pemakai dan memberi aib yang besar, selepas isu menjadi semakin buruk barulah masyarakat menyelidik dan meminta maaf atas penilaian mereka. Keadaan ini akan memberi kesan emosi dan mental terhadap seseorang.

Pakaian menjolok mata memberi kesan negatif


Masih ramai golongan yang tidak sedar dan memakai pakaian yang menjolok mata khususnya golongan wanita. Mereka berlumba-lumba untuk mengikut perkembangan fesyen terkini yang kebanyakannya mengundang pandangan dan perlakuan negatif orang lain. Pakaian menjolok mata pastinya merangsang nafsu golongan lelaki. Sudah terlalu banyak berita tentang perlakuan sumbang, rogol dan sebagainya yang di dorong oleh pakaian yang menjolok mata, tetapi berita tersebut hanya dijadikan sebagai angin lalu. Ramai golongan wanita yang masih berdegil dan masih berketrampilan menjolok mata kerana mereka bimbang digelar tidak mengikut perkembangan fesyen. Golongan lelaki juga tidak ketinggalan, mereka sering dilihat berjalan dengan hanya berbaju singlet demi menayang tubuh sasa kerana berasa begitu bangga. Hanya segelintir golongan masyarakat yang akan terpesona, tetapi masih ramai masyarakat di luar yang kurang senang dengan penampilan begitu kerana merasakan tidak bersesuaian, teruatamanya jika pakaian seperti itu dipakai untuk mencuri pandangan dan tarikan orang sekeliling di tempat awam. Orang tua juga pastinya tidak selesa dengan pakaian yang menjolok mata oleh anak muda kini kerana orang tua masih menjaga adab timur dan tidak gemar dengan pakaian yang bercirikan budaya barat.

Warna pakaian mempengaruhi emosi


Menurut ahli psikologi, warna pakaian turut mempengarusi emosi seseorang. Terdapat sesetengah pihak percaya warna pakaian membawa hasil atau keuntungan terhadap sesuatu perkara kerana warna ini membawa aura kepada si pemakai. Warna pakaian juga sering dikaitkan dengan sifat peribadi seseorang kerana warna tersembut mampu memancarkan aura tertentu dan mempengaruhi emosi seseorang. Terdapat pelbagai warna dalam pakaian secara khusus ataupun kombinasi yang mampu memberi semangat, bahagia, ceria, suram dan banyak lagi. Misalnya, pakaia berwarna biru dapat memberi kedamaian, kesejukan dan kesabaran. Warna hijau pula dapat memancarkan kedewasaan dan kematangan dan warna ini sangat sesuai digunakan oleh wanita dewasa. Selain itu terdapat warna yang menunjukkan keberanian dan berkeyakinan tinggi seperti warna merah. Warna merah ini akan menjadikan orang sekeliling merasa kagum dengan diri anda. Warna putih kerap menjadi pilihan ramai kerana warna ni melambangkan kesucian dan memperlihatkan identiti semulajadi. Warna putih sering kali menjadi pilihan ketika menghadiri temuduga kerana warnanya yang sesuai dengan setiap hal dan ramai yang Berjaya temuduga dengan berpakaian putih. Terdapat pelbagai warna lagi dan semestinya, warna yang betul haruslah sepadan dengan majlis.

Fesyen kanak-kanak

 
Kanak-kanak adalah kain putih yang dicorak oleh ibu bapa mereka. Dalam kontek fesyen, ibu bapa cenderung memilih pakain anak mereka mengikut citarasa ibu bapa dan fesyen terkini. Ibu bapa gemar memilih baju yang menjadi perhatian dan menarik orang ramai agar dapat menonjolkan anak mereka. Anak-anak dididik dari awal dengan cara berpakaian. Terdapat ibu bapa yang kurang arif dalam soal pemilihan pakain anak mereka dan mereka tidak sedar akan kesilapan mereka akan menarik golongan pedofil dan ini memberi kesan buruk kepada anak mereka. Ibu bapa seharusnya bijak membentuk anak mereka dalam soal pemilihan pakaian. Tambahan lagi pemakaian turut mempengaruhi pembentukan dan perwatakan anak-anak.
Pakaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian. Setiap majlis dan situasi memerlukan pakaian yang bersesuaian untuk menarik aura positif. Masyarakat seharusnya peka dengan ketrampilan diri yang cantik, kemas dan bergaya tanpa menyumbang pandangan serong masyarakat sekeliling. Walau bagaimanapun bukan semua orang yang berpakaian cantik mempunyai sikap yang baik dan kaya dan sebaliknya juga, bukan semua orang yang berpakaian buruk itu mempunyai sikap yang buruk dan miskin, kita seharunya mengenali mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bentuk penilaian.  


Monday 9 March 2015

rindu serindu rindunya... apa nak buat kalau dah gini??

flashback..... 

2011-2012... 
Indahnya bile diberi kesempatan untuk bekerja di ISP.. (The International School ParkCity), seronok sangat, segala rasa bahagia, seronok dengan jiwa penuh dengan semangat dan bunga-bunga... ermmm rindu... aku rindu ISP... kat situ aku punya kawan, aku punya ramai anak murid yg sweet2 sesweet gula-gula... aku punya pengetua yang awesome, kawan sekerja yg memang best tak terhingga, duduk dengan housemate-housemate yang baik... aku rindu korang semua... 

Bangun pagi isnin dengan senyum, rasa segar nak gi sekolah, sampai sekolah siapkan semua material yang nak guna ntuk lesson, pastu gi ajar swimming time kelas PE, naik bas gi ParkCity Club, aku ajar Zaid, Euli, ngan Jean swimming, yang mane dah advance diorang swimming ngan Frankie and Jon. Balik swimming terus lepak kat kantin, tak pon staffroom, having lunch ngan kawan2, makan pulak RM5 ntuk hidangan yang memang superb pastu kongsi reramai, kekadang lasagna, macaroni, salad, paling suka fries dia yang sedap tu... ahhh semua pon sedaplah... selasa, rabu, khamis, jumaat semua pon hari2 yang awesome. suka bile ade Book Week, pakai costume yang ntah ape2 la time tu, aku penah jadi spongebob, aku penah jadi mummia... haha seronok, time tu semua pon sibuk bergaya ngan costume masing2. Setiap hari jumaat dihidangkan dengan persembahan student yang tak pernah mengecewakan.... Bile hari guru atau sehari sebelum cuti sekolah semua dok sibuk memberi hadiah, cikgu akan bagi assistant, assiant bagi cikgu, student plak bagi assistant ngan cikgu. Coklet la paling banyak, mase jadi assistant Jon, dia slalu bg aku cokelet. aku memang antu cokelet. suka giler kot. haha.. thank a lot. 

Teknik balajr yang guna kat ISP sentiasa je seronok. Pagi2 je Jon dah siap dengan buku cerita ntuk session story telling. budak2 aku time tu dah Year 5 (9-10 tahun gitu), seronok semua bile dengar crita. Diorg akan bagi respond yg sangat positif. aku yang duduk belakang Jon sambil asah pensil pon suka dengar.... asah pensil sambil senyum je... hati aku time tu cuma Allah je yang tahu bahagianya.

Sahabat baik aku kat skolah time tu Syaza, Kak Nurul, Syira, Bella, Syud, ngan Lan. Tapi aku tak penah keluar jenjalan ngan diorg plak sebab cuti minggu aku banyak abiskan ngan balik kampung or lepak kat kajang ngan housemate kajang (time tu aku dok damansara damai). tapi aku slalu la keluar ngan syaza n Lan pas sekolah, kitorg makan sushi. asal gi jalan je beli sushi kan.. hahaha, Tengok wayang (Mekaih Lan ntuk tiket2 free) hihi.. Syaza, miss u babe... aku nak peluk ko erat2 babe kalau jumpa ko. Aritu Bella kawen ko tak turun, aku harap Syud kawen nanti dapatlah jumpa ko.

Nov 2012-aku dapat tawaran kerja kat JB, sebab nak kawen bulan 12 and kebetulan abah sakit jadi aku terus setuju terima tawaran tu. aku benti keje and stay kat rumah, tapi bangangnye bile dah benti and dah sign kontrak kat skolah baru tu, aku tak gi pon. dia call banyak kali pon aku tak jawab sebab aku tak suka cara dia. skolah baru tu mintak aku seludup document2 daripada ISP and bg kat diorg. dia asyik call suh aku send document2 tu. aku tak suka, sebab aku sayang ISP, so aku buat keputusan ntuk xmao gi skolah tu. aku menganggur sampai kawen.


2013-2014
Aku menangis... hari-hari aku menangis, kalau laki aku belum balik keje, aku menangis sorang-sorang dalam bilik. time balik keje aku nangis sorang2 dalam kete sambil drive. Bile aku tengok video2 yang ISP upload kat youtube, aku menangis lagi... Sungguh aku rindu sangat.. Masa mula2 kawen, aku slalu ugut laki aku, aku nak balik KL, nak balik ISP... Bile dah ada Firas, aku slalu peluk Firas sambil nangis, aku bgtau Firas yang aku rindu kat ISP... Ya Allah...... Allah berikan aku rezeki sebagai cikgu kat Fairview JB, Alhamdulillah... tp sayang rindu aku, jiwa raga aku masih di ISP.

2015
Sekarang aku dah kuat, aku terima semua dugaan ni dengan redha. semua tu pon pilihan yang aku sendiri buat tanpa ada paksaan. aku kuatkan hati aku. aku tau aku takkan balik ke ISP, walau aku berangan camne, menangis air mata darah skali pon aku tau, aku tetap duduk kat JB. aku dah punya family sendiri. dikurniakan seorang suami yang hebat, seorang putera comel yang bijak sebijak namanya Muhammad firas Thaqif. kalau aku rindu ISP, aku tengok video diorang, aku skodeng FB diorg, aku buka website diorang, aku text diorg tanya khabar... alhamdulillah semua masih ingat aku, balas mesej aku.. tu dah cukup baik kan... Sekarang Allah kurniakan sebuah keluarga yang sangat bahagia. Aku bersyukur sangat. walau perkenalan kami singkat, kawen pon mcm kelam kabut, xkenal xape, tetibe nak kawen... tapi Alhamdulillah, dia hadiah dari Allah, hadiah yang terbaik. Terima Allah. Sekarang kerja di Fairview dah lebih 2 tahun, aku anggap ini rezeki aku. Allah tahu yang terbaik buat hamba-hambanya. InsyaAllah :)

Buat sahabat-sahabat aku yang aku sayang, walau aku jauh dari korang, hati aku tetap penuh dengan bunga2 senyuman, gelak tawa korang. memori tu takkan pernah luput dari ingatan. 

Buat suami dan putera tercinta, mummy sayang kalian. Kalian anugerah tak ternilai. Terima kasih untuk segala-gala yang kalian curahkan. 


Love:)

Monday 23 February 2015

hantaran kawen yang cantik lagi menarik...


haiiiiii..... rase begitu lama tak menaip blog ni.. banyak sangat kononnye keje kan.. kali ni aku nak update pasai hantaran kahwin. dulu kan mase bertunang (8 July 2012) kakak aku ni yang dok tolong buatkan gubahan hantaran.. memang cute dan cantik. aku suka sangat. Ingat lagi sehari sebelum majlis aku ngan along sibuk dok cari bahan-bahan kat kebun sebab nak dapatkan daun yang cantik kan. pastu hasilnya mmg super cute la. aku pilih bunga hidup, jadi segar mewangi la kan. sama la segar mewangi mcm kitorg punye perkenalan yang baru berputik n trus nak kawen tu.. haha..
"saya suka! saya suka!"... hihi






Mase majlis kawen 8&9 Dec 2012 pon along gak yang buatkan hantaran. hehe, barang aku pinjam kak lisa, tapi gubahan semua along yang buat la, aku pengantin time tu dok diam diam sahaja. hihihi... syioook..  kalau korang perasan gubahan mase majlis aku memang guna bunga mati je sebab time tu aku baru benti keje, nak kwen punye pasai la kan, pastu duit banyak giler nak guna so bujet-bujet je la ape yang ade. hehe... ape pon aku tetap suka lagi-lagi part gambar kitorang yang comel2 tu... haha korang boley lah nengok gubahan-gubahan ni.




Kali ni aku nak tolong along plak untuk promote sket hasil tangan dia. sesape yang dah nak kawen ke, bertunang ke pastu tengah pening dok cari mane nak dapat gubahan yang cantik-cantik, boley lah call along. ni area johor. batu pahat ke, mersing ke, jb ke, asal johor boleh je tade problem. 
boley contact along: 012-7683547. 
Insyaallah korang puas ati punye :) tq along.

Wednesday 28 January 2015

susu oh susu... Anmum, s26, Dulac, Dutch Lady, Friso Gold...

pening pening... sebulan ni asyik sibuk buat research pasal susu je.. semua susu aku pegi tengok.. pantang gi kedai kompom gi bahagian susu tengok susu ape yang bagus... ni semua gara-gara pengasuh Fras kata susu dia xbagus.. errrr ntah la....

Tahun lepas pas bersalinkan Firas memang tade susu, jadi dari 1st day dah seludup susu masuk dlm spital sebab Firas asyik nangis je, bagi susu Anmum... dia ok je la minum tu, tapi bile dah sebulan dia cirit-birit plak... jadi tukar ke S26. mase tu harga susu S26 pon lagi murah dari Anmum, so bagi je la.. bile mak tau dah tukar ke S26 mak kata susu tu memang bagus sbb adik aku yang sakit jantung berlubang dulu pon Doktor suggest minum susu tu.. ok je... Lepas aku abis pantang, antar la Firas umah pengasuh pertama sebab nak masuk keje kan, tapi pengasuh ni memang pelik la (aku bertahan 3 ari je pastu cari pengasuh lain), semua benda dia suruh tukar, susu pon dia nak susu ikot pilihan dia, susu Dulac.. aku xsetuju sebab elok je pon Firas ngan susu S26 tu, tapi bile dia bising, kite try je la, tapi Firas memang tak suka langsung, dia xmao minum, tapi engasuh tu paksa gak. dia suruh tambah sukatan n buat lemak2, manis2.. aku dah angin dah time tu... last sampai tahap dia suruh bawak Firas jumpa bomoh la itu la ini la sebab firas nampak antu la... aihhhh trus tukar pengasuh... ishhh... jadi berbaliklah pada S26. Memang lama la kan minum susu ni, sampai sekarang la minum susu S26 ni... Tapi bile Firas dah kerap sgt batuk, selsema, paru2 dia kadang2 berbunyi, jadi pengasuh dia yang sekarang suh tukar susu sbb S26 ni ada campuran soya, so tak kuat ntuk paru-paru.. yang ni mmg ak tak pasti betul ke x. tapi kat kotak tu memang dia ade mention siap kaler merah 'Mengandungi susu lembu,soya n jagung'. Maka dengan itu aku ngan husband pon sibuk la try and error susu-susu lain....


Aritu aku gi umah abang aku, aku tengok anak abang aku ni si Fina ni dah la putih melepak, pastu bijak pandai, so aku pon trus beli susu yang sama macam Fina Dutch Lady cokelat 1.2kg RM29.00 (Beli tak agak-agak trus nak yang besar), pastu 3 ari je Firas minum, sebabnye lepas 3-4jam dia inum mesti dia muntah dengan banyaknya... Firas suka susu ni memang dia minum sampai abis tapi mungkin perut dia tak sesuai kot, pastu batuk-batuk. jadi kitorang stop terus... berbaliklah kami pada S26. Tapi usaha kitorang ni tetap berterusan la sebab nak sangat tengok Firas sihat sentiasa sebab tiap bulan mesti dia demam, batuk, selsema. aku gi semua link susu, aku request sample.. Dugro yang Firas xmao pon aku request gak... haha, nanti sape-sape nak bgtau aku, ade kat rumah tu sebab sample pon banyak gak. lepas dah request sample tu akhirnya sampai la gak Friso Gold 3, memang suka la sebab macam terpengaruh kat iklan dia yang comel tu, jadi nak bagi la Firas Friso Gold 3. Arini ari yang ke 4 Firas minum Friso, ikut cara switch susu macam yang Friso suruh, tapi start dari semalam Firas tak sihat balik, pastu tengah2 malam pon dia muntah, pastu batuk2, arini pengasuh kata dia macam nak selsema dah... Waaaaa.... pening la mummy.....

Tak pe... xpe.. aku tetap kene sabo, so balik ni kene balik semula ke S26 la, tunggu sample dari Enfagrow 3 plak... mintak-mintak lah sampai arini.... sebenarnya aku ni memang cerewet orangnye, tambah-tambah lagi bab nak bagi kat anak aku yang sorang neh.. memang la kan.. kita dah jadi mummy mesti nak yang terbaik kan.. nak cari susu baru ni pon aku tengok detail betul2, DHA yang tinggi juga menjadi pilihan... skrg baru perasan DHA S26 rendah... tu yang lagi kuat semangat nak tukar susu ni. kat bawah ni aku upload gambar2 nutrient yang ade dlm setiap susu, korag bley la review. harga ade yang aku tau ade yang tak. tapi ikut pasaraya gak, setakat ni yang aku jumpa kat econsave la yang paling murah... hihi


Dutch Lady 123 1.2kg
Rm29.90
DHA : 40mg/ 100g
Friso Gold 3 700g
RM 47.00
DHA : 16mg/100g
Enfalac A+ step 3 600g
RM44.90
DHA : 63mg/100g













 
  Anmum RM4+.++ DHA: 71.6mg/100g


S26 600g   RM30.90               DHA : 8.1g/100g

Wednesday 17 December 2014

Anak ke-2 ?????????

Sape berani kata aku mengandung???? cakap cepat??? aku sumbat lada putih dalam mulut tu kang... mentang-mentang PEROT AKU BUNCIT BERLEMAK-LEMAK berani korang kata aku mengandung.. sedey tau =,=) aihhhhhh... Firas baru 11 bulan, sabo sket... cian Firas, dia tu dah la manja, kang dapat adik nanti kang memberontak plak tak cukup bermanja lagi..

Sejak kebelakangan ni Firas punye manja mmg bikin jiwa panas berapi-api sampai rentung dah hati ni. asyik merengek je. Orang cakap kalau kita pregnant, otomatik anak yang ada tu jadi manja lebih sket, mcm nak lebih perhatian gitu la, tapi aku tak rase pon aku mengandung (neves + takut sebeno nye). Pengalaman bersalinkan Firas aritu tu mmg aku takkan lupe la, masih takut lagi.. tunggu lah nanti bile betul@ ready..



Husband pulak suka sangat nyakat aku... kalau aku tengah risau pasal benda-benda camni lagi la dia suka.. adoiii sabo je la.. Bukan aku tak mao pregnant, aku memang nak sangat, rindu mase pregnant dulu tu memang xyah cakap la kan, tapi aku rase belum masanya. aku sibuk la, Firas pon xterlayan, kesian kat dia kadang-kadang dia duduk main sorang-sorang. Nanti kalau ada adik baru lagi kesian kan...

Lagi 1 aku masih xbley lupe pengalaman aku bersalin. Nanti next entry aku story mory pasal pengalaman aku bersalin yang mmg uiiiiiitttttt... errrr nanti eh.. hehe..


Tuesday 16 December 2014

Menjana Keluarga Bahagia



Setiap manusia yang lahir pasti mempunyai institusi kekeluargaan. Manusia itu pastinya bertuah memiliki keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik yang sentiasa bersama ketika susah dan senang. Bahagia dapat dideinisikan sebagai sesuatu yang tidak dapat dilihat dan lahir dari hati sesorang dengan sifat seperti amanah, bersykur, bersangka baik dan perasaan yang tenang.

Pembentukan keluarga bahagia itu mesti berlandaskan kasih sayang. Institusi kekeluargaan pasti akan terumbang-ambing dan tidak kukuh tanpa kasih sayang kerana kasih sayang adalah pelengkap keluarga bahagia. Dalam kehidupan berkeluarga harus ada sikap bertolak ansur dan toleransi antara ahli keluarga. Ahli keluarga turut mengamalkan sikap amanah dengan penuh ikhlas dan saling hormat menghormati terutama kepada ibu dan bapa.

Setiap ahli keluarga memainkan peranan yang berbeza dalam menghidupkan keluarga bahagia. Suami dan isteri perlu lebih memahami makna sebenar perkahwinan dan harus berbincang dari hati ke hati sekiranya wujud sebarang masalah di dalam rumah tangga. Anak- anak turut memainkan peranan yang sendiri, anak yang berjaya dan mengikut kata ibu dan bapa pasti dapat melahirkan kebahagiaan kepada ibu bapa seterusnya menyumbang kepada pembentukan keluarga bahagia.
 
Komunikasi yang baik merupakan keperluan untuk seisi keluarga. Suami dan isteri harus menggunakan komunikasi sebagai cara terbaik dalam memahami kehendak pasangan. Ibu bapa jugaperlu memberi ruang kepada ahli keluarga untuk meluahkan pandangan dan menjadi pendengar yang baik.

Setiap pasangan dan juga keluarga pastinya ada konflik samada besar atau kecil. Konflik yang melanda harus di tangani secara rasional dan sihat. Segala masalah haruslah segera di bincang secara terbaik agar dapat ditangani dengan cara yang paling baik.

Keluarga bahagia lahir daripada ahli keluarga yang sihat dari aspek fizikal, psikologi, sosial dan kerohanian. Keluarga yang sihat dapat dibentuk dengan menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna. Ahli keluarga juga turut mempunyai pendidikan yang mencukupi. Mereka turut mengamalkan cara hidup sihat seperti makan secara sihat, bersenam secara tetap, tidak merokok dan tidur secukupnya. Ahli keluarga harus mengamalkan komunikasi yang interaksi secara positif di samping menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Suami atau bapa merupakan ketua keluarga yang memainkan peranan utama dalam membina keluarga bahagia. Sebagai seorang ketua keluarga, bapa hendaklah menunjukkan contoh terbaik buat isteri dan anak-anaknya. Bapa yang baik seharusnya peka tentang pendidikan agama diri dan keluarganya. Ketua keluarga turut memastikan pendapatan yang diperolehi adalah dari sumber yang bersih dan halal. Walaupun seorang bapa bertungkus lumus bekerja, mereka perlu memperuntukkan masa untuk bersama ahli keluarga seperti meluangkan masa dihujung minggu bersama, berkelah, bersiar-siar dan sebagainya. Aktiviti seperti ini sangat membantu dalam mengisi masa lapang.

Setiap manusia pasti menginginkan kehidupan berkualiti disamping keluarga yang bahagia. Proses menjana keluarga bahagia pasti menuntut peranan semua ahli keluarga. Suami isteri, ibu bapa, dan anak-anak perlu bersabar dalam menempuh kehidupan dan sentiasa bersifat sabar, positif dan terbuka. Pendidikan awal yang dilahirkan oleh ibu-bapa pastinya dapat membantu dalam pembentukan keluarga bahagia.