Menurut kamus dewan, penampilan
membawa maksud perihal (tindakan/ usaha) menunjukkan seseorang atau sesuatu. Ini
meliputi bagaimana seseorang itu menonjolkan imej, cara dan gayanya apabila
berhadapan dengan sesuatu situasi.
Dewasa ini manusia lebih gemar berurusan dan hormat pada orang yang
berpenampilan menarik. Manusia turut memilih teman dan jodoh berdasarkan pandangan
pertama mereka tanpa menyelidik sikap sebenar yang tersirat dari penampilan
yang menarik itu. Penampilan yang baik pasti mendatangkan emosi yang baik
terhadap si pemakai dan diberi pandangan yang baik oleh masyarakat. Manakala,
penampilan yang tidak bersesuaian hanya mendatangkan pandangan negatif kepada
si pemakai.
Etika penampilan diri
Ramai yang masih tidak sedar akan
kepentingan etika penampilan diri. Setiap institusi menekankan etika berpakaian
untuk setiap penghuninya seperti institusi pendidikan, pejabat, hospital dan
tempat beribadah yang meletakkan cara dan peraturan berpakaian kepada setiap
pengunjung dan penghuninya. Penampilan yang kemas dan bersesuaian pastinya
menjadi syarat utama. Antara perkara yang dititik beratkan dalam penampilan
diri adalah kasut yang bertutup dan bersih, pakaian kasual formal atau beruniform,
aksesori dan potongan rambut yang kemas dan disisir rapi terutamanya bagi kaum
lelaki.
Menilai tanpa mengenali
Hal menilai orang secara sembarangan
kerap terjadi dalam masyarakat kini. Mereka sering kali berprasangka buruk
dengan hanya melihat luaran seseorang. Masyarakat kini gemar memberi perspektif
yang buruk dengan hanya pandangan pertama, dan menyebarkan pandangan mereka
tanpa usul periksa dan hasilnya menyumbang persepsi negatif masyarakat
setempat. Rentetan daripada pandangan yang disebarkan itu secara tidak langsung
akan menghukum si pemakai dan memberi aib yang besar, selepas isu menjadi
semakin buruk barulah masyarakat menyelidik dan meminta maaf atas penilaian
mereka. Keadaan ini akan memberi kesan emosi dan mental terhadap seseorang.
Pakaian menjolok mata memberi kesan negatif
Masih ramai golongan yang tidak
sedar dan memakai pakaian yang menjolok mata khususnya golongan wanita. Mereka
berlumba-lumba untuk mengikut perkembangan fesyen terkini yang kebanyakannya
mengundang pandangan dan perlakuan negatif orang lain. Pakaian menjolok mata
pastinya merangsang nafsu golongan lelaki. Sudah terlalu banyak berita tentang
perlakuan sumbang, rogol dan sebagainya yang di dorong oleh pakaian yang
menjolok mata, tetapi berita tersebut hanya dijadikan sebagai angin lalu. Ramai
golongan wanita yang masih berdegil dan masih berketrampilan menjolok mata kerana
mereka bimbang digelar tidak mengikut perkembangan fesyen. Golongan lelaki juga
tidak ketinggalan, mereka sering dilihat berjalan dengan hanya berbaju singlet
demi menayang tubuh sasa kerana berasa begitu bangga. Hanya segelintir golongan
masyarakat yang akan terpesona, tetapi masih ramai masyarakat di luar yang
kurang senang dengan penampilan begitu kerana merasakan tidak bersesuaian,
teruatamanya jika pakaian seperti itu dipakai untuk mencuri pandangan dan
tarikan orang sekeliling di tempat awam. Orang tua juga pastinya tidak selesa
dengan pakaian yang menjolok mata oleh anak muda kini kerana orang tua masih
menjaga adab timur dan tidak gemar dengan pakaian yang bercirikan budaya barat.
Warna pakaian mempengaruhi emosi
Menurut ahli psikologi, warna
pakaian turut mempengarusi emosi seseorang. Terdapat sesetengah pihak percaya
warna pakaian membawa hasil atau keuntungan terhadap sesuatu perkara kerana warna
ini membawa aura kepada si pemakai. Warna pakaian juga sering dikaitkan dengan
sifat peribadi seseorang kerana warna tersembut mampu memancarkan aura tertentu
dan mempengaruhi emosi seseorang. Terdapat pelbagai warna dalam pakaian secara
khusus ataupun kombinasi yang mampu memberi semangat, bahagia, ceria, suram dan
banyak lagi. Misalnya, pakaia berwarna biru dapat memberi kedamaian, kesejukan
dan kesabaran. Warna hijau pula dapat memancarkan kedewasaan dan kematangan dan
warna ini sangat sesuai digunakan oleh wanita dewasa. Selain itu terdapat warna
yang menunjukkan keberanian dan berkeyakinan tinggi seperti warna merah. Warna merah
ini akan menjadikan orang sekeliling merasa kagum dengan diri anda. Warna putih
kerap menjadi pilihan ramai kerana warna ni melambangkan kesucian dan memperlihatkan
identiti semulajadi. Warna putih sering kali menjadi pilihan ketika menghadiri
temuduga kerana warnanya yang sesuai dengan setiap hal dan ramai yang Berjaya temuduga
dengan berpakaian putih. Terdapat pelbagai warna lagi dan semestinya, warna
yang betul haruslah sepadan dengan majlis.
Fesyen kanak-kanak
Kanak-kanak adalah kain putih yang dicorak oleh ibu bapa mereka. Dalam kontek fesyen, ibu bapa cenderung memilih pakain anak mereka mengikut citarasa ibu bapa dan fesyen terkini. Ibu bapa gemar memilih baju yang menjadi perhatian dan menarik orang ramai agar dapat menonjolkan anak mereka. Anak-anak dididik dari awal dengan cara berpakaian. Terdapat ibu bapa yang kurang arif dalam soal pemilihan pakain anak mereka dan mereka tidak sedar akan kesilapan mereka akan menarik golongan pedofil dan ini memberi kesan buruk kepada anak mereka. Ibu bapa seharusnya bijak membentuk anak mereka dalam soal pemilihan pakaian. Tambahan lagi pemakaian turut mempengaruhi pembentukan dan perwatakan anak-anak.
Pakaian memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan harian. Setiap majlis dan situasi memerlukan pakaian
yang bersesuaian untuk menarik aura positif. Masyarakat seharusnya peka dengan
ketrampilan diri yang cantik, kemas dan bergaya tanpa menyumbang pandangan
serong masyarakat sekeliling. Walau bagaimanapun bukan semua orang yang
berpakaian cantik mempunyai sikap yang baik dan kaya dan sebaliknya juga, bukan
semua orang yang berpakaian buruk itu mempunyai sikap yang buruk dan miskin,
kita seharunya mengenali mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bentuk
penilaian.