Setiap manusia yang lahir pasti mempunyai
institusi kekeluargaan. Manusia itu pastinya bertuah memiliki keluarga yang
terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik yang sentiasa bersama ketika susah
dan senang. Bahagia dapat dideinisikan sebagai sesuatu yang tidak dapat dilihat
dan lahir dari hati sesorang dengan sifat seperti amanah, bersykur, bersangka
baik dan perasaan yang tenang.
Pembentukan
keluarga bahagia itu mesti berlandaskan kasih sayang. Institusi kekeluargaan
pasti akan terumbang-ambing dan tidak kukuh tanpa kasih sayang kerana
kasih sayang adalah pelengkap keluarga bahagia. Dalam kehidupan berkeluarga
harus ada sikap bertolak ansur dan toleransi antara ahli keluarga. Ahli
keluarga turut mengamalkan sikap amanah dengan penuh ikhlas dan saling hormat
menghormati terutama kepada ibu dan bapa.
Setiap ahli
keluarga memainkan peranan yang berbeza dalam menghidupkan keluarga bahagia.
Suami dan isteri perlu lebih memahami makna sebenar perkahwinan dan harus
berbincang dari hati ke hati sekiranya wujud sebarang masalah di dalam rumah
tangga. Anak- anak turut memainkan peranan yang sendiri, anak yang berjaya dan
mengikut kata ibu dan bapa pasti dapat melahirkan kebahagiaan kepada ibu bapa
seterusnya menyumbang kepada pembentukan keluarga bahagia.
Komunikasi yang baik merupakan keperluan untuk seisi keluarga. Suami dan isteri harus menggunakan
komunikasi sebagai cara terbaik dalam memahami kehendak pasangan. Ibu bapa
jugaperlu memberi ruang kepada ahli keluarga untuk meluahkan pandangan dan
menjadi pendengar yang baik.
Setiap pasangan
dan juga keluarga pastinya ada konflik samada besar atau kecil. Konflik yang
melanda harus di tangani secara rasional dan sihat. Segala masalah haruslah
segera di bincang secara terbaik agar dapat ditangani dengan cara yang paling
baik.
Keluarga bahagia
lahir daripada ahli keluarga yang sihat dari aspek fizikal, psikologi, sosial
dan kerohanian. Keluarga yang sihat dapat dibentuk dengan menginap dalam rumah
yang selamat dan sempurna. Ahli keluarga juga turut mempunyai pendidikan yang
mencukupi. Mereka turut mengamalkan cara hidup sihat seperti makan secara
sihat, bersenam secara tetap, tidak merokok dan tidur secukupnya. Ahli keluarga
harus mengamalkan komunikasi yang interaksi secara positif di samping
menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Suami atau bapa
merupakan ketua keluarga yang memainkan peranan utama dalam membina keluarga
bahagia. Sebagai seorang ketua keluarga, bapa hendaklah menunjukkan contoh
terbaik buat isteri dan anak-anaknya. Bapa yang baik seharusnya peka tentang
pendidikan agama diri dan keluarganya. Ketua keluarga turut memastikan
pendapatan yang diperolehi adalah dari sumber yang bersih dan halal. Walaupun
seorang bapa bertungkus lumus bekerja, mereka perlu memperuntukkan masa untuk
bersama ahli keluarga seperti meluangkan masa dihujung minggu bersama,
berkelah, bersiar-siar dan sebagainya. Aktiviti seperti ini sangat membantu
dalam mengisi masa lapang.
Setiap manusia
pasti menginginkan kehidupan berkualiti disamping keluarga yang bahagia. Proses
menjana keluarga bahagia pasti menuntut peranan semua ahli keluarga. Suami
isteri, ibu bapa, dan anak-anak perlu bersabar dalam menempuh kehidupan dan
sentiasa bersifat sabar, positif dan terbuka. Pendidikan awal yang dilahirkan
oleh ibu-bapa pastinya dapat membantu dalam pembentukan keluarga bahagia.